Saturday, 9 January 2016

Kehidupan

Anak kecil di ladang memandang pesawat terbang di atasnya, dan mengimpikan dapat terbang bebas. Tetapi, sang pilot di dalam pesawat itu memandang ladang di bawahnya dan mengimpikan dapat pulang ke rumah.
Begitulah hidup. Nikmatilah hidupmu.
Jika kekayaan adalah rahsia kebahagiaan, tentu orang-orang kaya akan menari-nari di jalanan. Tetapi, hanya anak-anak miskin lah yang melakukan sedemikian.
Jika kekuatan memang menjamin keamanan, tentu orang-orang penting akan berjalan tanpa kawalan. Tetapi, hanya mereka yang hidup sederhana yang dapat tidur nyenyak.
Jika kecantikan dan populariti memang membawa kepada hubungan yang ideal, sudah pasti selebriti pasti mempunyai perkahwinan yang terbaik.
Hiduplah sederhana.
Berjalanlah dengan rendah diri.

Dan mencintailah dengan tulus. 

Saturday, 14 November 2015

karya pertama

Hari ini dalam sejarah hidupku.
Aku memulakan langkah pertama dengan mencipta laman blog.
Tidak tahu apa yang perlu dicoretkan.
Tetapi, In Sya Allah,
Suatu masa, laman ini akan kupenuhi dengan karya aku sendiri.

Aku impikan,
Jari-jemariku menari-nari di papan kekunci dengan lajunya.
Menaip buah fikiran yang mencurah-curah keluar.
Seperti air terjun yang mengalir derasnya.

Tapi,
Sebelum aku meneruskan langkah pertamaku,
Niat utama,
Perlu dipasak dengan betul.
Hanya kerana Allah.
Semoga bahagia yang ku peroleh di akhirat kelak.

Rencah-rencah karya,
Perlu diabadikan daripada pembacaan,
Daripada pengalaman, sekalipun dicedok daripada orang lain,
Daripada pengetahuan.